Selamat Tahun Baru 2009
Assalamualaikum kepada semua pembaca MohdJohari.com!
Alhamdulillah, hari ini kita selamat menempuh hari pertama di tahun baru 2009. Insyallah, saya berdoa pada tahun ini saya lebih produktif di dalam perniagan internet dan juga meningkatkan kualiti hidup saya kepada satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi menjenguk blog saya dan juga kepada semua yang menghantar komen serta berkongsi maklumat dengan saya. Saya berharap hubungan saya dengan semua pembaca akan menjadi lebih erat pada tahun baru ini.
Salam tahun baru 1430H dan 2009!
p.s: saya nak share sedikit info menarik daripada emel Patric Chan kepada saya hari ini.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Hi Johari,
HAPPY NEW YEAR!
Apart than wishing you a wonderful Happy
New Year, I also want to thank you for being
my subscriber and customer. Thank you.
Here are 5 things I want to tell you:
1. Forget about the past. Whatever failures
happened in 2008 already happened. You can
use it as a benchmark to improve but never
as a guideline why you cannot achieve
success in 2009.
2. Many people wish for a better year in 2009.
Don’t wish - wishful thinking doesn’t gets you
anywhere, especially success. Commit to what
you want to achieve and achieve it for your own
benefit.
3. Be a positive thinker. Think positive about
2009 regardless of the recession because
your mind WILL influence your actions.
4. If you have to whine and blame, DO IT NOW.
Then get over it and start a fresh in 2009.
5. Have a plan. Whether you just want to
make just a few hundreds from the internet
or build a million-dollar internet business,
plan it out and know what are the steps that
will get you closer to your goal. You can’t get
to your destination if you don’t know what
and where is your destination. Make sense?
Happy New Year.
To your success,
Patric Chan
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Perniagaan Internet - Penerangan Mudah
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Insyallah, diharap dengan tahun baru ini kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda satu emel yang menarik untuk dibincangkan. Saya sering ditanya melalui emel dan YM apakah perniagaan internet. Betul ke boleh dapat ribu-ribu? Boleh percaya tak? Boleh jadi kaya dengan cepat tak? (soalan favorite)
Hmm…jika anda tanya pada saya, sejujurnya saya percaya medium internet ini boleh buat duit. Sebabnya, saya sudah berkali-kali dapat menjana pendapatan sampingan melaluinya. Jika dilakukan dengan lebih serius, saya rasa peluang saya untuk meningkatkan lagi jumlah pendapatan saya pasti ada.
Baiklah, untuk memudahkan lagi pemahaman anda, saya akan kongsikan satu emel yang saya terima daripada Amirol Zolkifli ( IM Tempatan ). Melalui emel ini beliau telah menerangkan perjalanan perniagaan internet dengan bahasa yang mudah difahami. Berikut adalah kandungan emel beliau :
Pakej Kit Blogger Versi Terkini - Oleh SmartZul
Membina blog adalah perkara paling popular yang dilakukan oleh generasi zaman sekarang. Walaupun anda tidak mampu memiliki blog dot com anda sendiri tetapi sekurang-kurangnya anda boleh memiliki blog percuma seperti di blogspot yang disediakan oleh pihak Google.
Pada mereka yang bercita-cita membina perniagaan internet, blog merupakan satu wadah yang perlu dibina dahulu kerana ia berperanan sebagai tempat untuk orang lain mengenali anda dan tempat anda mempromosikan produk mahupun servis anda tawarkan.
“Feel” memiliki blog anda sendiri adalah berlainan jika di bandingkan dengan memiliki blog percuma. Ini kerana, semua perkara yang berlaku di dalam blog anda adalah tanggungjawab anda dan anda bebas lakukan apa sahaja di blog anda sendiri. Tidak seperti blog percuma yang masih mempunyai banyak limitation atau bahagian yang terhad untuk anda edit atau tambah.
Baru-baru ini, saudara SmartZul telah membuat update terhadap produk ‘killer’ nya iaitu Pakej Kit Blogger. Pada setahun lebih yang lalu, saya telah membeli pakej ini melalui SmartZul dan hasilnya adalah blog yang sedang anda baca sekarang. Ia memang sebuah panduan membina blog yang sangat berkualiti dan praktikal ![]()

Pakej ini sangat sesuai untuk mana-mana golongan walaupun anda tidak mahir perkara-perkara mengenai IT atau perkara-perkara teknikal komputer. SmartZul telah sudah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan panduan ini semudah-mudahnya untuk senang difahami oleh semua pembaca. Tinggal sahaja lagi anda perlu mengikuti step-step yang disarankan. Pelan Tindakan pun ada disediakan untuk anda sebagai checklist kepada step-step yang telah anda buat semasa membina blog.
Jadi apa tunggu lagi? Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan anda membeli Pakej Kit Blogger ini terlebih dahulu. Harganya RM50.00 tetapi pada saya nilainya adalah lebih daripada RM 50.00 tersebut.
Saya berani jamin anda pasti berpuas hati setelah memiliki pakej ini. Jika anda mempunyai masalah semasa menginstall blog, pihak SmartZul sentiasa mempunyai team untuk menolong anda.
» klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk
Bagaimana mengenalpasti keyword difficulty
Salam ceria
Hari ini saya nak share satu tool untuk check keyword difficulty. Tools ini digunakan adalah untuk memastikan tahap kompetitif sesuatu keyword pilihan anda.
Jadi, kalau niche atau keyword pilihan anda terlalu kompetitif, anda boleh memilih keyword-keyword lain yang kurang competitif untuk memudahkan kerja SEO anda.
Dan, anda tak semestinya gunakan untuk keyword sahaja.
Anda juga boleh gunakan tools ini untuk memeriksa long tail keyword. (shh..ni rahsia ramai pakar-pakar gunakan untuk generate income especially adsense )
Anda boleh tengok dan gunakan toolsnya di sini : http://www.seologs.com/keyword-difficulty.html
Just letakkan keyword/ long tail keyword di dalam box yang disediakan. Then tekan Submit. Kalau keyword pilihan anda menunjukkan skala below 50%, anda mempunyai peluang cerah untuk dominate keyword itu.
Tapi kalau sebaliknya, anda perlu cari keyword-keyword lain yang kurang kompetitif. Jangan mengambil risiko untuk compete dalam keyword yang popular kerana kita tak mampu untuk lawan mereka yang dah lama dalam bidang keyword tersebut.
Selamat mencuba!
p.s: Jika anda ingin belajar mengenai SEO, saya sarankan anda beli ebook dari Inspiration di http://belajar-seo.com
Selamat Menyambut Aidiladha
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung MohdJohari.com. Semoga segala pengorbanan dan usaha murni kita selama ini dberkati dan dirahmati Allah.
Amin ~
- Johari
Hati-hati Apabila Menerima Nasihat
Salam sejahtera,
Di saat anda merasakan diri terdesak dan memerlukan pandangan orang lain, memang ramai yang cuba berada di sisi anda untuk membantu. Mereka akan memberikan pelbagai jenis ‘nasihat’ yang ‘kononnya’ mampu menyelesaikan masalah anda.
Anda Nak Tak Laptop Percuma?
Salam pembaca yang dihormati,
Saya ingin berkongsi dengan anda satu peluang yang sangat unik dan masih lagi fresh
Anda nak tak dapat hadiah-hadiah yang disenaraikan di bawah ini?
**********
3. Digital Camera Easyshare C613 6.2MP
4. Handphone Sony Ericsson K320i
**********
Macam mana nak dapatkan hadiah ini? Ok, saya akan ceritakan bagaimana kepada anda.
Seorang usahawan internet Malaysia yang tengah ‘boom’ sekarang iaitu saudara AmmarZahar sedang membuat satu cabaran yang dikenali sebagai ” Cabaran Berani Dapat”.
Melalui cabaran ini, jika anda berjaya melakukan 300 jualan untuk produk terbaru Ammar iaitu Affiliate A+ , anda akan mendapat sebuah laptop Asus Fee yang smart berwarna putih ( kalau nak tahu designnya macam mana boleh tengok link youtube kat atas).
Apakah tujuan cabaran ini diadakan?
Sebenarnya Ammar ingin anda menyahut cabaran beliau untuk menggunakan ilmu yang dicurahkannya melalui Affiliate A+ dan pada masa yang sama juga beliau ingin membuktikan “kekuasaan” ilmu affiliatenya kepada anda.
Semalam saya mendapat satu emel dari Ammar yang mengandungi satu testimonial sah pembeli yang berjaya dapat RM40 sehari melalui teknik yang Ammar kongsikan. Saya crop n paste kat sini untuk anda baca:
So, macam mana? Rasa tercabar tak? Kalau saya pun memang rasa tercabar..
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan cabaran affiliate ini, anda boleh terus ke link affiliate saya di bawah.
E-Book Eksklusif Affiliate A Plus
Sedikit nasihat daripada saya. Kalau anda berminat nak membeli Affiliate A+ ini sila JANGAN beli dari link affiliate saya.
Cari usahawan-usahawan lain yang menawarkan lebih banyak bonus ekslusif yang boleh anda grab.
Anda boleh mencari dan memilih offer yang menarik melalui forum ataupun blog yang menawarkan bonus-bonus berbaloi untuk anda miliki sekiranya anda berminat untuk membeli Affiliate A+ melalui link affiliate mereka. Saya yakin, pembelian anda nanti akan lebih berbaloi dengan bonus-bonus yang anda mahu dan pilih.
Saya ingin memohon maaf kerana saya tidak ada bonus yang boleh saya tawarkan untuk mereka yang mahu membeli melalui link affiliate saya ( tapi kalau ada juga nak beli dari link affiliate saya, saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak..huhu).
Cara-cara menggunakan action script
Salam kawan-kawan sekalian,
Menggunakan photoshop memang memberikan kelebihan kepada sesiapa yang mahir dengannya. Apa tidaknya, dengan kepakaran photoshop, anda boleh mengambil upah sebagai designer untuk website, pelbagai jenis ecover, buat template untuk wordpress dan macam-macam lagi ( yang berkaitan dengan grafik editing lah ye)
Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang pakar mengenai photoshop. Seperti mana satu webjualan saya, www.profitniaga.com saya membuat designnya sendiri. Designnya tak lah lawa sangat tapi saya rasa puas apabila saya mendesignnya sendiri.
Sepanjang saya ‘jalan-jalan’ dalam forum, saya ternampak ada sesetengah newbie yang tak tahu apa itu action script. Action script ini adalah sebuah script yang dibina untuk mempercepatkan kerja designing terutamanya untuk ecover ( ebook,ezine,e-report, boxes, dvd cover, cd cover dsb..).
Untuk itu, saya fikir saya ingin gunakan satu kemahiran saya lagi iaitu membuat video dengan menggunakan Camtasia. Video ini berkisar mengenai apakah itu action script dan bagaimana untuk menggunakannya. Memang sebuah tutorial yang simple jer dan khas untuk newbie yang ingin tahu bagaimana nak menggunakan action script.
Selamat menonton!
p.s: Oh, ya..kalau ada apa-apa komen, sila tinggalkan komen di ruangan di bawah. Insyallah, saya cuba perbaiki kesilapan dan kekurangan untuk siri video yang akan datang pula.
Kena Kritik..Apa Nak buat? Kena Sindir..Apa Nak buat?
Salam ceria pembaca yang dimuliakan,
Macam pernah tak baca tajuk ini kat mana-mana?
Ya..betul. Ayat ini saya jumpa di dalam satu buku motivasi dikarang oleh Irfan Khairi iaitu “Nota Jutawan Nota Motivasi”.
Dalam kita berusaha ke arah kejayaan yang kita impikan, akan terdapat pelbagai rintangan luaran yang kita perlu tempuhi. Dah la kena hadapi rintangan dalaman ( kurang keyakinan diri, takut gagal..) lepas tu kena juga hadapi rintangan luaran.
RIntangan luaran ini selalunya datang daripada orang-orang yang rapat dengan kita seperti kawan atau ahli keluarga sendiri. Yang ini saya akui memang ada benarnya. Kadang-kadang saya pun hairan, kenapa bila seseorang itu mempunyai impian tetapi disabotaj dengan ‘halusnya’ oleh insan-insan di sekeliling kita terutamanya keluarga.
Setelah cuba memahami dan membaca buku-buku motivasi, kritikan dan sindiran ini asasnya datang daripada zon selesa juga. Tapi ia bukanlah zon selesa diri kita sebaliknya zon selesa bagi pihak mereka.
Mereka seakan “tidak selesa” kerana kita berusaha untuk lebih berjaya daripada mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarik kita kembali ke zon selesa kita terdahulu.
Jadi, langkah terbaik dalam menangani masalah ini adalah dengan memaafkan mereka.
Maafkan mereka yang selalu menyindir dan mengkritik usaha anda. apabila anda melakukan ini, akan terasa satu beban atau dendam hilang daripada diri kita - Irfan Khairi
Kenapa kita perlu memaafkan mereka? Kerana mereka tidak nampak usaha anda untuk memperbaiki diri anda untuk kebaikkan masa hadapan. Walaupun anda berusaha untuk meyakinkan mereka, ia adalah agak sukar untuk dilakukan kerana setiap manusia mempunyai perspektif yang berbeza-beza.
Lagilah kalau individu tersebut jenis tidak berfikiran terbuka.Memang confirm pendapat kita ditolak bulat-bulat.
Ingat pembaca sekalian, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, sama juga seperti kita berniaga. Pasti ada yang suka dan tidak. Jadi pilihlah untuk fokus dengan orang yang menyukai usaha kita supaya momentum kita untuk berubah tidak hilang dan semakin kuat.
Saya sudah kembali!
Salam sejahtera,
Alhamdulillah, saya sudah kembali ( actually Rabu lepas saya dah balik tapi ada masalah kat blog ni).
Maybe ada yang terasa pelik dengan apa yang berlaku kat blog saya 2-3 hari lepas. Sebenarnya, server yang host-kan blog saya ini mengalami kerosakkan hard disk. Jadi, blog saya down untuk sehari lebih sampai saya nak login ke cpanel pun tak dapat.
Sebab tu la lambat nak update post kat blog ni.
Pengalaman pergi seminar Saifulsham? Memang best!


